Assalamualaikum .. Hello2 ! Sihat tak semua ? Hari ni kan tiba-tiba Shila rasa rajin je nak update blog . Tapi tkde la nak update byk .
Jap tapi nak update pasal apa ? .....
Orang kata hidup ini ibarat roda yang berputar sebab kadang2 kita di atas tapi juga kadang2 kita di bawah . Mereka yang selalu berada di atas tu mereka yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan manakala mereka yang berada di bawah bukan mereka yang malas tetapi mereka yang tidak yakin pada diri sendiri , jadi sebab tu la mereka berada di bawah . Bila kita berbuat sesuatu yang positif kita seharusnya yakin pada diri sendiri bahawa apa yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang sangat baik . Tapi kalau kita sudah berada di atas jangan berhenti berusaha tapi usaha lagi dan lagi .
Okay dah update sikit dah pun .
Shila Alisha
Hey
Isnin, 4 Januari 2016
Isnin, 14 September 2015
Sahabat
Assalamualaikum , hai uolls .. Sihat tak ? Alhamdulillah kalau sihat .. Lama tak active rasanya .. Ini hari nak update sikit je pun tak banyak .
Setiap orang mesti ada kawan kan ? Shila pun ada ramai kawan .. Tapi kalau fikir balik antara ramai kawan mesti ada salah seorang atau sebahagiannya tak suka kita dalam diamkan uolls ? Apa pula ni pasal kawan ? Kan nak update tentang sahabat .
Ada perbezaan antara kawan dan sahabat .. Apa perbezaannya ? Kita memang ada ramai kawan tapi ada antara kawan kita yang menjadi sahabat sejati kita .. Sahabat yang sebenar ialah sahabat yang sentiasa ada dengan kita tak kira walau kita susah atau senang , gembira atau sedih , miskin atau kaya mereka akan tetap bersama dengan kita .. Sahabat juga yang mampu mengembirakan kita jika kita dalam kesedihan kerana seorang sahabat pasti memahami perasaan kita .. Nak cari kawan memang mudah tapi nak cari sahabat sejati susah sebab memang susah nak jumpa dengan orang yang benar-benar ikhlas ingin menjadi sahabat kita .. Nak tahu seseorang tu sshabat kita or hanya sekadar kawan apabila kita senang , lihatlah sewaktu kita dalam kesusahan siapa yang ada dengan kita , support kita , nasihat kita .. Sahabat ni boleh dikatakan penting juga untuk kita .
Itu saja Shila nak kongsikan untuk hari ni .:)
Ahad, 23 Februari 2014
Hijrah Rasulullah S.A.W.
Hi!Assalamualaikum . Shila cuma nak share story pasal Hijrah Rasulullah . Rajin la pula nak update blog .. Hehe .
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Tu je yang Shila dapat share .. InsyaAllah nanti kalau rajin2 banyak lagi yang Shila akan share .. Story ni pun Shila ambil dri buku .. Semoga bermanafaat utk korang semua .
Yang buruk itu datang daripada diri kita sendiri,Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T.
Isnin, 13 Januari 2014
Rasulullah S.A.W.
BIODATA RASULULLAH
Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah;
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka’abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN : Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6 TAHUN : Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN : Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun) : Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN : Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN : Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN : Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN : Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN : Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN : Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
Yang buruk itu datang daripada diri kita sendiri,
Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T.
Langgan:
Catatan (Atom)